KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menerima kunjungan hormat oleh H.E. Bapak Hermono , Duta Besar Indonesia ke Malaysia bertempat di Dewan Undangan Negeri Petra Jaya hari ini.
Kunjungan berkenaan antara lain membincangkan kerjasama dan kolaborasi bersama dalam pelbagai bidang dalam rangka menggali dan memanfaatkan potensi ekonomi yang terdapat di Sarawak.
Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.
Turut hadir bersama beliau dalam kunjungan tersebut ialah Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono, Pengurus Fairatmos Dyota Marsudi dan Natalia Rialucky, Konsul Ekonomi Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Di Kuala Lumpur Hendra P. Iskandar, Konsul Ekonomi KBRI Di Kuching T. Satrio Nugroho dan Pengarah Borneo Smart Utility Sdn Bhd Patrick Teo.
Sumber dari : Sarawakku